Sunday, 28 April 2013

elektrik dan elektronik mikro teaching


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
Mata Pelajaran                     :           Kemahiran Hidup
Tajuk                                      :           Elektrik dan Elektronik
Sub Tajuk                              :           Pengenalan kepada Elektrik
Kelas                                      :           6 Kasturi
Tarikh                                     :           14 Mac 2013 (Khamis)
Masa                                      :           10.00 pagi – 10.30 tengah hari
Bilangan murid                    :           10 orang
Kemahiran Berfikir              :           Mengekategori, Membanding beza, Kontekstual,                                                         Meneliti
Pengetahuan sedia ada     :           1. Murid pernah menggunakan bebrapa komponen                                                    elektronik yang diajarkan.
                                                            2. Murid pernah melihat komponen elektronik                                                               tersebut.
Hasil Pembelajaran             :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-                                                        murid dapat:
                                                            1. Mengkategorikan 5 daripada 6 nama, fungsi dan                                                     simbol komponen dengan betul.
                                                            2. Memadankan komponen dengan fungsi yang                                                         sesuai dengan tepat.
                                                            3. Menterjemahkan lukisan bergambar kepada                                                                         lukisan skematik dengan betul.
Penerapan Nilai                   :           Keyakinan diri, kerjasama, tanggungjawab, ingin                                                         mencuba, dan ingin tahu.
Bahan Bantu Mengajar      :           Postur, Lembaran kerja, Kad Imbasan dan Bahan
                                                            Maujud.
Langkah/Masa
Isi pelajaran
Aktivti pembelajaran dan pengajaran
Catatan
Set induksi
(5 minit)

Tayangan video mengenai pengenalan kepada elektronik

1. Guru menayangkan video mengenai tajuk elektronik.
2. Murid tersebut menyaksikan video itu dengan teliti.
3. Guru mengaitkan tayangan video dengan tajuk tersebut.


BBM: Slaid, LCD, komputer

LANGKAH 1 (10 minit)
Pengenalan Kepada Komponen Elektronik dan Bahan Penyokong Komponen

1. Guru memperkenalkan komponen elektronik dengan menunjukkan postur komponen elektronik.
2. Murid melihat postur komponen elektronik dengan teliti.
3. Guru menerangkan jenis-jenis komponen elektronik kepada murid.
4. Murid  memberikan tumpuan kepada penerangan guru.
5. Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid.
5. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
6. Guru memberikan maklum balas terhadap jawapan murid.
7. Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti.
8. Setiap kumpulan diberikan kad imbasan yang mempunyai fungsi komponen elektronik secara rawak.
9. Wakil kumpulan dipilih untuk memadankan kad imbasan fungsi komponen elektronik dengan gambar komponen tersebut.

BBM : Poster komponen elektronik
Langkah 2 (10 minit)
Litar projek elektronik –litar bergambar – litar skematik

1. Guru menunjukkan model litar yang siap kepada murid.
2. Murid meneliti model litar yang siap.
3. Guru menyemak kedudukan komponen elektronik berpandukan lukisan skematik dengan muird-murid.
4. Guru mengedarkan lukisan bergambar dan lukisan skematik projek kepada murid.
5. Guru menerangkan cara menterjemahkan lukisan bergambar kepada lukisan skematik.
6. Murid membanding bezakan lukisan bergambar dengan lukisan skematik projek yang diberikan.

BBM : Model litar elektronik , lukisan skematik, lukisan bergambar
Penutup (5 minit)

Rumusan pembelajaran “pengenalan kepada elektronik”
1. Murid diberikan satu lembaran kerja untuk mencari perkataan tersembunyi berkaitan dengan komponen elektronik.
2. Guru memberikan beberapa kata-kata kunci mengenai komponen elektronik dan menetapkan tempoh masa untuk menyiapkan silang kata tersebut.
3. Setelah siap, guru meminta murid menukar lembaran kerja yang telah diselesaikan oleh pelajar kepada rakan di sebelah.
4. Guru akan menayangkan slaid jawapan bagi lembaran kerja berikut.
5. Guru memilih beberapa orang murid untuk membuat refleksi tentang hasil pembelajaran.



BBM : lembaran kerja