RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH
RENDAH
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Tajuk : Elektrik
dan Elektronik
Sub Tajuk : Pengenalan
kepada Elektrik
Kelas : 6
Kasturi
Tarikh : 14 Mac 2013 (Khamis)
Masa : 10.00
pagi – 10.30 tengah hari
Bilangan murid : 10 orang
Kemahiran Berfikir : Mengekategori,
Membanding beza, Kontekstual, Meneliti
Pengetahuan sedia ada : 1.
Murid pernah menggunakan bebrapa komponen elektronik yang
diajarkan.
2.
Murid pernah melihat komponen elektronik tersebut.
Hasil Pembelajaran : Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran, murid- murid dapat:
1.
Mengkategorikan 5 daripada 6 nama, fungsi dan simbol komponen dengan
betul.
2.
Memadankan komponen dengan fungsi yang sesuai
dengan tepat.
3.
Menterjemahkan lukisan bergambar kepada lukisan
skematik dengan betul.
Penerapan Nilai : Keyakinan diri, kerjasama, tanggungjawab, ingin mencuba, dan ingin tahu.
Bahan Bantu Mengajar : Postur,
Lembaran kerja, Kad Imbasan dan Bahan
Maujud.
|
Langkah/Masa
|
Isi
pelajaran
|
Aktivti
pembelajaran dan pengajaran
|
Catatan
|
|
Set
induksi
(5
minit)
|
Tayangan
video mengenai pengenalan kepada elektronik
|
1.
Guru menayangkan video mengenai tajuk elektronik.
2.
Murid tersebut menyaksikan video itu dengan teliti.
3.
Guru mengaitkan tayangan video dengan tajuk tersebut.
|
BBM: Slaid, LCD,
komputer
|
|
LANGKAH
1 (10 minit)
|
Pengenalan
Kepada Komponen Elektronik dan Bahan Penyokong Komponen
|
1.
Guru memperkenalkan komponen elektronik dengan menunjukkan postur komponen
elektronik.
2.
Murid melihat postur komponen elektronik dengan teliti.
3.
Guru menerangkan jenis-jenis komponen elektronik kepada murid.
4.
Murid memberikan tumpuan kepada
penerangan guru.
5.
Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid.
5.
Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
6.
Guru memberikan maklum balas terhadap jawapan murid.
7.
Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti.
8.
Setiap kumpulan diberikan kad imbasan yang mempunyai fungsi komponen
elektronik secara rawak.
9.
Wakil kumpulan dipilih untuk memadankan kad imbasan fungsi komponen
elektronik dengan gambar komponen tersebut.
|
BBM
: Poster komponen elektronik
|
|
Langkah
2 (10 minit)
|
Litar
projek elektronik –litar bergambar – litar skematik
|
1.
Guru menunjukkan model litar yang siap kepada murid.
2.
Murid meneliti model litar yang siap.
3.
Guru menyemak kedudukan komponen elektronik berpandukan lukisan skematik
dengan muird-murid.
4.
Guru mengedarkan lukisan bergambar dan lukisan skematik projek kepada murid.
5.
Guru menerangkan cara menterjemahkan lukisan bergambar kepada lukisan
skematik.
6.
Murid membanding bezakan lukisan bergambar dengan lukisan skematik projek
yang diberikan.
|
BBM
: Model litar elektronik , lukisan skematik, lukisan bergambar
|
|
Penutup
(5 minit)
|
Rumusan
pembelajaran “pengenalan kepada elektronik”
|
1.
Murid diberikan satu lembaran kerja untuk mencari perkataan tersembunyi
berkaitan dengan komponen elektronik.
2.
Guru memberikan beberapa kata-kata kunci mengenai komponen elektronik dan
menetapkan tempoh masa untuk menyiapkan silang kata tersebut.
3.
Setelah siap, guru meminta murid menukar lembaran kerja yang telah
diselesaikan oleh pelajar kepada rakan di sebelah.
4.
Guru akan menayangkan slaid jawapan bagi lembaran kerja berikut.
5.
Guru memilih beberapa orang murid untuk membuat refleksi tentang hasil
pembelajaran.
|
BBM
: lembaran kerja
|